Tulang Kuat, Si Manja Sihat - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Tulang Kuat, Si Manja Sihat

Healthy Bones, Healthy Child

Tulang yang sihat adalah penting bagi kesejahteraan serta tumbesaran si manja anda. Menurut Dr. Peni Kusumastuti Sp. RM, kesihatan tulang yang baik meningkatkan kecerdasan dalam pemikiran serta tindakan. Dari pemerhatiannya, dia membuat simpulan bahawa kanak-kanak dengan tulang tangan dan kaki yang kuat lebih aktif dan mudah bergerak, berbanding mereka yang mempunyai tulang yang lemah.

Kalsium serta kepentingannya
Kalsium adalah nutrien yang sering dipandang ringan dalam diet seorang kanak-kanak. Kadar kalsium yang diperlukan si manja berubah mengikut usia. Pengambilan kalsium yang disyorkan adalah sebanyak 500-600mg sehari. Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu si manja mengekalkan kesihatan tulangnya dengan lebih baik untuk tahun-tahun yang akan datang.

Kalsium terdapat dalam pelbagai makanan yang lazim, termasuk sayur-sayuran hijau, kekacang, mentega, telur dan minyak ikan. Semua ini lebih lengkap dengan susu, namun pengambilan susu komersial sahaja tidak membekalkan apa yang betul-betul diperlukan oleh si manja. Untuk menyerap kalsium pada tahap yang optimum, si manja perlukan Vitamin D, yang boleh diperoleh melalui pendedahan terhadap cahaya matahari ketika dia bermain di luar.

Kesihatan tulang sempurna
Kesihatan tulang yang baik memerlukan tiga komponen utama: Nutrisi yang mencukupi daripada diet seimbang, senaman yang kerap serta rehat yang secukupnya. Ramai ibu bapa lebih suka sekiranya anak-anak mereka tidak membuat bising dan duduk diam untuk tempoh masa yang lama. Ini tidak baik untuk tulang belakang mereka, dan boleh menyebabkan keabnormalan struktur tulang.

Biar si manja lebih bermain dan bersenam dalam persekitaran yang selamat. Perhatikan posturnya. Biar dia berlari, melompat dan berenang. Berenang terutamanya adalah baik untuk membentuk tumbesaran tulang kanak-kanak kerana berat badannya tidak terlalu membebani struktur spina. Ia juga membentuk kekuatan dan koordinasi ototnya, dan memastikan dia mendapat tidur yang lena pada waktu malam kelak.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Protein Penting untuk Si Manja yang sedang Membesar

Essential Proteins for Your Growing Child

Si manja anda yang sedang membesar dengan kuat dan sihat memerlukan beberapa jenis nutrien yang tertentu untuk menyokong tumbesaran fizikal dan mentalnya. Protein adalah nutrien utama yang penting untuk tumbesaran si manja anda.

Baca selanjutnya

Mengelakkan Kemalangan ke atas Kanak-Kanak

Preventing Toddler Accidents

Kanak-kanak sangat lebih terdedah kepada risiko kemalangan kerana walaupun mereka penuh bertenaga, pengalaman hidup mereka amat kurang.

Baca selanjutnya

Cara Menangani Anak yang Menjerit

Dealing with a Screaming Toddler

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.

Baca selanjutnya