Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak

The Importance of Vitamin A for Children

Vitamin A adalah yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik. Vitamin A juga penting untuk perkembangan sel tisu terutamanya bagi memelihara kulit, rambut dan kuku yang sihat.

Mengikuti usia kanak-kanak yang semakin meningkat, semakin banyak Vitamin A yang diperlukan oleh tubuhnya. Jumlah dos yang disyorkan mengikut saranan pengambilan nutrient Malaysia 2005 (RNI M’sia 2005) adalah.

  • Umur 1 hingga 3 tahun: 400mcg sehari
  • Umur 4 hingga 6 tahun: 450 mcg sehari

Jumlah yang disyorkan di atas tidak wajib diikuti, ia adalah berdasarkan purata pengambilan di dalam seminggu yang disarankan oleh pakar. Anak anda boleh ambil jumlah lebih sekiranya perlu.

Sumber-sumber vitamin A
Sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni adalah antara makanan yang mengandungi zat Vitamin A yang tinggi. Antaranya adalah lobak merah, ubi keledek, bayam dan labu manis. Selain itu, tembikai susu, lada benggala, apricot dan buah mangga juga mempunyai zat Vitamin A yang baik. Susu dan telur juga antara bahan makanan yang diperkayakan dengan Vitamin A. Untuk pengetahuan anda setiap bahan-bahan tersebut memiliki jumlah Vitamin A yang berbeza bergantung kepada jenisnya.

Kesan-kesan sampingan 
Pengambilan Vitamin A yang berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat. Kebiasaannya, Vitamin A dari sumber haiwan adalah sumber yang aktif. Pengambilan Vitamin A berlebihan dari sumber tersebut boleh menyebabkan loya, muntah, pening, lemah otot dan pening kepala. Untuk jangka masa yang lama, ia boleh menjadi faktor-faktor osteoporosis, masalah hati dan kegagalan saraf.

Namun bagi Vitamin A dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan ataupun di dalam terma sainsnya, karotenoids, ambillah sebanyak mana yang anda mahu kerana ia bukanlah sumber aktif. Ini kerana tubuh menukarkan sumber Vitamin A aktif apabila ia diperlukan. Buah-buahan dan sayur-sayuran terkecuali daripada proses tersebut.

Secara dasarnya, waspada dengan pemakanan anak anda. Sentiasa periksa dengan pakar nutrisi atau pakar kanak-kanak sekiranya anda tidak jelas akan sesuatu perkara.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga.

Baca selanjutnya

Didik Anak Supaya Mendengar Kata

How to Get Your Toddler to Listen

Kanak-kanak sama seperti orang dewasa, sukar mendengar kata orang lain.

Baca selanjutnya

Cara Menangani Anak yang Menjerit

Dealing with a Screaming Toddler

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.

Baca selanjutnya