Tip Praktikal Untuk Kanak-Kanak Bersifat Ingin Tahu - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Tip Praktikal Untuk Kanak-Kanak Bersifat Ingin Tahu

Practical Tips for Curious Kids

Si manja anda secara semula jadinya adalah seorang yang ingin tahu dalam dunia di mana segalanya adalah baru buat dirinya. Dan sebagai anak anda yang disayangi, dia ingin kongsikan penerokaannya bersama anda, walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru buat diri anda. Jangan berasa bosan dengan semangatnya yang tinggi. Berikut adalah tip yang boleh membantu anda untuk menikmati pengalaman ini dan tingkatkan tahap ingin tahu si manja.

Biar si manja memimpin
Ikuti imaginasinya, walau ke mana jua ia membawa anda. Sentiasa berada di sisinya untuk menggalakkan dia di samping memastikan keselamatan si manja. Keyakinan anda terhadap dirinya akan membina keyakinannya, dan ini membolehkan kreativiti si manja untuk berkembang. Anda juga boleh membawanya ke zoo, pusat sains, ataupun taman-taman tempatan dan biar si manja beritahu anda ke mana dia ingin pergi.

Nikmati pengalaman ini
Walaupun kita sudah dewasa, ini tidak bermakna kita tidak boleh menyerlahkan sikap kanak-kanak yang ada dalam diri kita. Bersiar-siar di taman dan ikuti jejak semut. Peganglah tangan si manja serta lompat di atas lopakan air dan lihat percikan air yang menghiburkan. Reka kisah bersama-sama dengan apa yang dilihat di atas awan. Biarlah si manja memberi kejutan kepada diri anda.

Aktiviti penuh pengembaraan
Dengan sedikit kreativiti, aktiviti biasa seperti berkelah juga boleh menjadi satu pengembaraan yang penuh debaran (atau apa sahaja yang si manja inginkan). Berikan dia sebuah perisai pahlawan dan biar dia mencari pohon kayu sebagai senjatanya. Kemudian, minta si manja untuk mencari seorang permaisuri (gunakan anak patung). Apabila dia berjaya, berikan si manja ganjaran yang lazat seperti sandwic.

Lihat dari perspektif si manja
Melihat dunia sekali lagi melalui mata anak anda adalah satu pengalaman yang unik. Kita sering lupa bahawa anak kita mungkin terlalu kecil untuk melihat apa yang ada di atas meja. Luangkan masa bersamanya dan cuba untuk wujudkan persekitaran yang menyeronokkan, selamat, dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Sebagi permulaan, anda boleh mengajaknya untuk membina sebuah empayar istana menggunakan kadbod dan kotak.

Khasiat untuk meningkatkan tahap ingin tahu
Anda boleh meningkatkan lagi sifat ingin tahu si manja melalui dietnya. Dengan meningkatkan pengambilan DHA dan Vitamin A boleh membantu transmisi signal visual antara mata dan otak. Inositol menjelaskan lagi lensa mata, manakala taurina adalah antioksidan yang penting di dalam mata dan otak.

Dengan imaginasi, masa dan usaha anda sendiri, anda boleh menjadikan semua ini satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan bagi si manja. Cetuskan imaginasi si manja hari ini – anda pasti mengalami keseronokannya sekali!

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Tulang Kuat, Si Manja Sihat

Healthy Bones, Healthy Child

Tulang yang sihat adalah penting bagi kesejahteraan serta tumbesaran si manja anda.

Baca selanjutnya

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Berdikari

Independence and Your Child

Walau berapa pun usia si manja anda, dia perlukan perhatian dan kasih sayang anda.

Baca selanjutnya