Kanak-kanak, Si Perampas Mainan - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Kanak-kanak, Si Perampas Mainan

Toddlers and Toy-snatching

Bermain adalah aktiviti penting untuk tumbesaran mental dan sosial si manja anda. Apabila dia belajar untuk bermain bersama kanak-kanak lain, mainan yang dimainnya mungkin dirampas oleh kanak-kanak lain. Ini akan menyebabkan si manja menangis serta berasa kecewa, dan anda mungkin tertanya-tanya jikalau si manja perlu mempertahankan dirinya sendiri. Tetapi dia mungkin adalah perampas dalam insiden tersebut.

Apabila kanak-kanak sudah boleh berjalan, mereka akan berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Namun, mereka tidak faham bahawa tindakan merampas mainan akan menyakitkan hati kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang berkawan baik juga akan mengecewakan dan menyakitkan hati sesama sendiri tanpa niat untuk berbuat begitu. Sesetengah kanak-kanak memahami konsep berkongsi, tetapi lebih berminat untuk memenuhi kepuasan bermain mereka sendiri.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika si manja adalah si mangsa, anda perlu berada di sisinya untuk mempertahankannya. Sentiasa bertenang dan cuba untuk tidak membuatkan kanak-kanak perampas atau ibu bapanya marah. Ingat, anda adalah contoh bagi si manja. Dia perlu faham bahawa konflik boleh diselesaikan tanpa bersifat agresif.

Jika dia adalah perampas tersebut, pulangkan mainan itu secara lembut dan terangkan kepada si manja tentang perasaan kanak-kanak mangsa itu. Anda boleh mengajarnya untuk berunding, memahami, dan menunggu giliran. Tetapi anda perlu tahu bahawa dia mungkin belum bersedia lagi untuk faham perkara ini, jadi anda perlu terus bersabar.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Pengasingan Buat Kanak-kanak

Time-out for Toddlers

Pakar pediatrik di seluruh dunia bersetuju bahawa anak yang melakukan kesalahan perlu didenda agar mereka belajar.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Berdikari

Independence and Your Child

Walau berapa pun usia si manja anda, dia perlukan perhatian dan kasih sayang anda.

Baca selanjutnya

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa.

Baca selanjutnya