Membesarkan Kanak-kanak yang Bijak - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Membesarkan Kanak-kanak yang Bijak

Raising a Smarter Toddler

Otak kanak-kanak melalui tiga fasa perkembangan utama. Pertama adalah peningkatan berat otak yang kemudiannya diikuti dengan fasa perkembangan sel-sel otak di mana sel-sel tersebut akan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang berkaitan. Fasa yang terakhir dipanggil ‘pemielinan’, di mana lapisan-lapisan lemak melindungi neuron, membenarkan informasi dihantar lebih pantas serta membenarkan proses otak yang lebih kompleks. 

Tempoh ini adalah kritikal untuk perkembangan otak anak anda. Dengan menyediakan suasana yang baik dapat memaksimumkan perkembangan dan stimulasi bagi tujuan pembelajaran serta meningkatkan potensi si manja anda.

Berikut adalah beberapa tip berguna:

  • Pemakanan sihat: Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak anak anda. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi nutrisi secukupnya seperti DHA yang sangat diperlukan untuk perkembangan mereka.
  • Beri kasih sayang secukupnya:Kanak-kanak yang tidak diberi kasih sayang yang cukup akan mengakibatkan perkembangan otak mereka terbantut. Sebaliknya,kanak-kanak yang mendapat cukup kasih sayang serta berinteraksi bersama ibu bapa mempunyai kesan yang hebat dalam pembangunan minda dan intelek mereka. Nilai kasih sayang menjadi asas kepada pertumbuhan minda dan kemahiran mereka di masa akan datang.
  • Disiplin kunci utama:Pepatah ada mengatakan, sayangkan anak tangan-tangankan. Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak mereka. Jangan lupa untuk mendisiplinkan si manja pada masa yang sama anda memanjakan mereka. Sediakan rutin dan jadual agar dia boleh menguasai kemahiran menguruskan masa.
  • Belajar bersama-sama:Bercakap dan membacalah dengan si manja. Selain itu, menyanyilah juga bersama-sama  kerana interaksi sebegini akan membuat si manja rasa lebih tertarik dan menyukai proses pembelajaran sekaligus membantunya untuk menjadi cemerlang.
  • Berikan ruang kepada si manja:Pantau si manja, tetapi berikan ruang untuknya mengenali dan meneroka. Apabila seseorang anak itu bermain, ia sebenarnya membentuk kemahiran intelek, sosial, fizikal dan emosinya agar lebih stabil. Aktiviti permainan yang sihat ini dapat melatih si manja berfikir secara kreatif, mencuba idea-idea yang baru dan meluahkan perasaannya.
  • Setiap kanak-kanak adalah unik:Kanak-kanak memiliki keunikan mereka tersendiri. Keistimewaan dan kebolehan setiap mereka adalah berlainan. Jadi, jangan beza-bezakan si manja dengan rakan seusianya yang lain. Carilah kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kemampuannya dan pastinya kaedah yang betul akan mendatangkan hasil yang mantap.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa.

Baca selanjutnya

Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak

The Importance of Vitamin A for Children

Vitamin A adalah yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik.

Baca selanjutnya

Tulang Kuat, Si Manja Sihat

Healthy Bones, Healthy Child

Tulang yang sihat adalah penting bagi kesejahteraan serta tumbesaran si manja anda.

Baca selanjutnya