Didik Anak Supaya Mendengar Kata - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Didik Anak Supaya Mendengar Kata

How to Get Your Toddler to Listen

Kanak-kanak sama seperti orang dewasa, sukar mendengar kata orang lain. Ramai Ibu bapa merungut kerana kerenah anak-anak yang tidak mendengar kata menyebabkan mereka terpaksa mengulanginya berkali-kali namun tidak dipedulikan sehingga menyebabkan mereka hilang sabar.

Sebenarnya tabiat ini adalah salah satu cara untuk anak mendapatkan perhatian anda. Berleter kepada anak-anak bukanlah langkah yang bagus untuk mengubah kerenah tersebut. Mendengar adalah kemahiran yang berharga, tetapi untuk mengajar si manja mmemerlukan kegigihan dan kesabaran.

Berikut adalah strategi yang boleh anda gunakan:

  • Baca untuk mereka: Anak-anak mengenali suara ibu bapa masing-masing . Baca untuk mereka dengan cara yang kreatif seperti menggunakan gaya suara berbeza-beza dapat menarik dan mengekalkan perhatian anak-anak..
  • Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah: Keadaan fizikal ibu bapa yang lebih tinggi menyukarkan anak-anak untuk fokus ketika mereka berkomunikasi. Rendahkan badan sehingga sama tinggi dengan mereka supaya lebih senang untuk berinteraksi.
  • Makan bersama-sama: Cari masa untuk makan bersama-sama dan kongsi makanan sesama ahli keluarga. Gunakan peluang tersebut untuk bercakap dan berinteraksi dengan anak-anak. Beri mereka peluang bercakap dan mendengar.
  • Beri amaran: Kawal emosi anda dan jangan tinggikan suara sekiranya dia mula ingkar. Beri amaran dan peringatan bila anda ingin si manja mengubah sikapnya atau memberi hukuman.
  • Tegas dengan pendirian anda: Amaran dan bebelan sahaja tidak akan memberi makna. Bila dia mengingkari kata, anda perlu tegar pada waktu tersebut, jika tidak dia akan mengabaikan tindakan anda tersebut.
  • Beri arahan mudah: Berikan tugas-tugas mudah mengikut kesesuaian usia mereka. Beri arahan yang jelas dan jangan lupa terangkan cara-cara untuk menyiapkan tugasan tersebut.
  • Beri sokongan dan pujian: Ibu bapa ada kalanya terlepas pandang kebaikan dilakukan anak-anak kerana terlalu menumpukan tumpuan pada kerenah negatif mereka. Berilah pujian kepada anak-anak agar usaha mereka berasa dihargai.
  • Tunjuk teladan baik: Kanak-kanak belajar daripada ibu bapa. Jika anda tidak mendengar apa yang mereka ingin katakan-, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk melakukan sedemikian. sebagai pulangan. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka dan jangan jadi ‘ketam mengajar anak berjalan lurus’.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Membesarkan Kanak-kanak yang Bijak

Raising a Smarter Toddler

Otak kanak-kanak melalui tiga fasa perkembangan utama.

Baca selanjutnya

Cara Menangani Anak yang Menjerit

Dealing with a Screaming Toddler

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.

Baca selanjutnya

Mengatasi Sikap Malu Si Manja

Overcoming Your Child's Shyness

Sesetengah kanak-kanak bersikap lebih malu berbanding yang lain, dan ini juga dipengaruhi oleh keturunan dan genetik keluarga.

Baca selanjutnya