Bagaimana Kanak-kanak Bersosial
Perkembangan sosial kanak-kanak bermula dengan anda. bu bapa, adalah merupakan orang pertama untuk ketawa bersama mereka. Andalah rakan bermain dan berbual mereka yang pertama. Dari situlah mereka belajar untuk berinteraksi dengan orang lain.
Lebih banyak perkara yang akan mereka pelajari sepanjang perjalanan hidup mereka. Mereka belajar bermain, berkawan, bergaul dengan orang ramai dan banyak lagi. Seperti kemahiran lain, dia belajar dari kegagalan.
Anak anda dan persekitarannya
Kanak-kanak memiliki sifat rasa ingin tahu yang tinggi. Mereka belajar mengenali persekitaran melalui eksperimen dan pemerhatian. Lama kelamaan, mereka akan menyedari terdapat perbezaan di antara mereka dan orang lain. Sesetengah kanak-kanak yang tidak menyukai perkara tersebut akan berubah menjadi pemalu.
Walaupun kanak-kanak suka dikelilingi orang, mereka lebih gemar bermain sendiri biarpun terdapat ramai rakan sebaya bersama mereka. Mereka boleh berinteraksi tetapi tidak sekali-kali akan berkongsi mainan dengan orang lain. Mereka juga masih belum pandai mengekspresikan perasaan masing-masing, lantas ada bertindak ganas seperti menarik rambut dan menggigit. Jangan risau kerana lama-kelamaan perkara ini akan berakhir apabila mereka tahu cara untuk mengekpresikan perasaan menggunakan perkataan
Bila dia semakin yakin, si manja akan mula aktif bersama kanak-kanak lain. Dia mungkin belum lagi tahu untuk berkongsi kerana konsep berkongsi masih asing bagi mereka. Dia juga mungkin malu bila bersama orang dewasa kerana mereka lebih tinggi, bising dan menonjol daripada si manja dan kawan-kawannya. Jika dia bersembunyi dan tidak mahu bercakap, ini bukanlah tanda biadab. Dia akan memberitahu bila dia sudah bersedia.
Bila untuk mendapatkan bantuan
Sekiranya anak anda terlalu agresif seperti enggan bermain bersama-sama rakan sebayanya serta menyerang dan mencederakan mereka, dapatkan nasihat pakar untuk membendung masalah tersebut.