Si Manja yang Kidal - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Si Manja yang Kidal

Your Left-Handed Child

Dominasi penggunaan tangan kanak-kanak akan dapat dilihat kecenderungannya selaras dengan perkembangan kemahiran motor si manja. Ramai ibu bapa bimbang sekiranya memiliki anak ‘kidal’ dan dianggap aneh di kalangan jutaan manusia yang dominan tangan kanan. Hanya terdapat 10% daripada populasi dunia adalah dari golongan tersebut.

Anak kidal bukannya berbeza tetapi unik. Usah bimbang kerana kidal tidak menjadikan si manja kurang pintar berbanding orang lain. Pada dasarnya, ramai orang percaya bahawa orang kidal lebih bijak berbanding golongan dominan tangan kanan. Ramai atlit terkenal adalah kidal. Albert Einstein juga termasuk di dalam golongan ini.

Sebelum anak anda boleh menjadi saintis hebat, dia memerlukan sedikit tunjuk ajar daripada anda.

Bimbing anak kidal
Dengan kesabaran dan tunjuk ajar, anda boleh membantu anak anda mengatasi kesukaran yang dihadapinya. Menulis, berenang dan menggunting merupakan aktiviti untuk membiasakannya menggunakan tangan kiri.

Menulis
Menulis dengan tangan kiri mempunyai sedikit perbezaan dengan menulis menggunakan tangan kanan di mana pensil akan ditolak berbanding ditarik. Keadaan ini membuat penulis berasa kekok. Gunakan cara berikut untuk memudahkan si manja:

  • Pusingkan kertas 45 darjah mengikut arah jam untuk mengelakkan tapak tangan mengotorkan kertas
  • Pegang pensil di antara ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
  • Sediakan meja landai untuk memudahkan menulis.
  • Elakkan halangan dan gunakan pad lingkaran.

Melukis
Latih anak melukis dari kanan ke kiri untuk mengelakkan lukisan menjadi comot. Jika melukis di dalam kumpulan, pastikan anak anda berada di bahagian paling kiri untuk mengelakkan berlaga siku.

Menggunting
Sediakan gunting untuk tangan kiri. Untuk kemudahannya, lukiskan garis-garis lurus dan latih anak anda untuk memotong mengikut garisan tersebut bagi mendapatkan potongan lurus.  Berlatih selalu sehingga menjadi mahir.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Membesarkan seorang kanak-kanak yang imaginatif

Raising an imaginative child

Di usia enam tahun, kanak-kanak akan mula menjadi lebih sedar akan dirinya, jadi berpura-pura bermain “lanun” di ruang tamu mungkin tidak akan mengujanya seperti membaca dan menulis tentang lanun.

Baca selanjutnya

Belajar Melalui Bermain

Playing is Learning

Pakar psikologi kanak-kanak menyarankan ‘belajar sambil bermain’ adalah amalan terbaik yang penting untuk membina kreativitinya yang amat berguna apabila si manja dewasa kelak.

Baca selanjutnya

Melenyapkan Mimpi Ngeri

Dispelling the Nightmares

Kanak-kanak sering mengalami mimpi ngeri. Sebenarnya mereka sedang mengalami proses membesar dan pada usia tersebut, berbagai-bagai imaginasi yang bermain di kotak fikiran mereka.

Baca selanjutnya