Tumbesaran mental dan fizikal si manja yang berumur 6 tahun - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Tumbesaran mental dan fizikal si manja yang berumur 6 tahun

Your 6-year-old’s mental and physical developments

Setiap kanak-kanak adalah berbeza, ini termasuk bila dan bagaimana dia membesar. Tetapi jika anda mengetahui detik-detik manis pencapaian yang umum, terutamanya pada usia 6 tahun, ini akan memberikan anda kelebihan dalam membantu dia membesar dan mengekalkan hubungan ibu dan anak yang berpanjangan. 

Pada usia inilah kanak-kanak mula membina kemahiran motor dan bahasa mereka. Pada masa yang sama, ini juga adalah masa yang terbaik untuk melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti seperti olahraga, tarian dan menunggang basikal. 

Perkembangan mental
Walaupun otak seorang kanak-kanak berumur 6 tahun hampir mencapai saiz yang sepenuhnya, perkembangan mentalnya akan berterusan bagi 20 tahun yang seterusnya  atau lebih. Pada masa ini jugalah seorang kanak-kanak boleh mula membezakan antara yang baik dan buruk, dan berinteraksi secara aktif dengan dunianya, bukan sahaja dengan melihat dan bertindak. Konsep yang lebih lanjut seperti pengurusan masa masih memerlukan pengawasan anda, jadi ingat untuk sentiasa membimbing mereka. 

Perkembangan sosial dan emosi
Persahabatan akan dibentuk pada peringat ini. Anda perlu membantu si manja untuk memahami konsep ini serta konsep-konsep yang berkaitan. Ini termasuklah mengajar si manja untuk berkongsi, berhadapan dengan hubungan, dan menyerlahkan emosi. Kanak-kanak pada usia ini juga sedar tentang mereka yang lebih tua dan akan ingin mendapatkan restu daripada guru dan ibu bapa mereka.

Tip keibubapaan

  •  Berikan persekitaran yang berstruktur dan sediakan rutin, termasuk aktiviti fizikal.
  • Jelaskan akibat berperilaku buruk, tetapi tawarkan juga komen-komen atau pujian positif sekiranya si manja berkelakuan baik.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Petua Si Manja Susah Tidur Malam

Tips for Bedtime Resistance

Ramai ibu bapa berhadapan masalah sukar menidurkan anak pada waktu malam. Biarpun lazimnya kanak-kanak gemar berlagak seperti orang dewasa dan kepetahan percakapan mereka juga kadangkala tidak bisa kita lawan, namun si manja hanyalah insan kecil.

Baca selanjutnya

Menetapkan masa menonton TV

Managing screen time

Kanak-kanak kini tidak perlu lagi berada di ruang tamu untuk menonton TV. Dengan telefon bimbit dan tablet yang sentiasa tersedia, kini lebih mudah untuk seorang kanak-kanak menonton sebarang rancangan di mana-mana jua.

Baca selanjutnya

Detik manis pencapaian tumbesaran si manja yang berusia 6 tahun

Your 6-year-old’s developmental milestones

Si manja akan mula membentuk ikatan sosial, membina kemahiran, dan membesar dari segi mental juga emosi semasa tahun-tahun awal persekolahan.

Baca selanjutnya