Menggalakkan tingkah laku baik
Apabila si manja mula menjadi semakin berdikari dan membuat segalanya dengan sendiri, adalah penting untuk anda membimbing dan mengawasinya. Ini bermakna, anda perlu mengajarnya tentang yang betul dan salah, serta bagaimana untuk melakukan sesuatu dengan betul.
Kanak-kanak berusia enam tahun memerlukan anjakan positif, terutamanya daripada mereka yang dianggap berkuasa. Puji tingkah laku baik dan jelaskan apa yang telah dilakukan dengan betul, dan jangan menghukumnya sekiranya apa yang dilakukan dengan salah. Dengan ini, si manja akan mendapat perhatian serta pujian untuk sebab-sebab yang betul.
Di usia ini, pemikiran logik juga boleh digunakan. Daripada anda memarahinya, adalah lebih baik untuk menerangkan mengapa tindakannya itu adalah salah dan biar dia fikirkan sebabnya.
Akhir sekali, jangan takut untuk memberikan ganjaran sekali-sekala sebagai pujian untuk tingkah laku yang baik. Ini bukanlah rasuah, tetapi sebagai insentif yang datang dengan tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa ganjaran untuk tingkah laku baik dan ganjaran bagi mengelakkan tingkah laku buruk membawa dua makna yang berbeza.