Adab Kanak-kanak Ketika Makan - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa. Tetapi, ibu bapa sering beranggapan bahawa beberapa minit sahaja tidak cukup, dan mereka percaya ini adalah adab makan yang tidak baik. Ramai ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka untuk memakan lebih daripada yang diinginkan, lantas menjadikan waktu makan satu pengalaman yang negatif.

Daripada anda menjadikan waktu makan satu pengalaman yang negatif, adalah lebih baik untuk menggalakkan minat dan sikap berdikari si manja anda. Biarkan si manja memberitahu anda apa yang dia ingin makan. (Mungkin dua pilihan makanan yang anda ingin masak). Dengan penglibatannya dalam membuat keputusan, dia akan berasa lebih diperlukan dan bertanggungjawab dalam aktiviti ini.

Berikan pilihan kepadanya dalam format yang dia mampu laksanakan – makan macaroni menggunakan tangan pun tidak mengapa. Berikan pertolongan hanya bila dia memerlukan, agar anda boleh membina keyakinan dan minat untuk dia makan sendiri tanpa bantuan anda. Sekiranya perhatiannya terganggu, anda boleh mengalihkan perhatian si manja secara lemah-lembut kepada makanannya.

Adalah lebih baik sekiranya anda tidak memaksanya untuk duduk di meja setelah dia habis makan. Perlahan-lahan, dia akan belajar adab makan yang betul daripada anda. Kalau anda terlalu memaksa, ia hanya akan menjejaskan pengalaman yang menyeronokkan ini dan menjadikan setiap waktu makan satu beban buat dirinya.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Protein Penting untuk Si Manja yang sedang Membesar

Essential Proteins for Your Growing Child

Si manja anda yang sedang membesar dengan kuat dan sihat memerlukan beberapa jenis nutrien yang tertentu untuk menyokong tumbesaran fizikal dan mentalnya. Protein adalah nutrien utama yang penting untuk tumbesaran si manja anda.

Baca selanjutnya

Memupuk Keyakinan dalam Diri Si Manja

Inspiring Confidence in Your Child

Keyakinan adalah satu aspek yang sangat penting dalam tumbesaran si manja.

Baca selanjutnya

Si Manja yang Berdikari

Independence and Your Child

Walau berapa pun usia si manja anda, dia perlukan perhatian dan kasih sayang anda.

Baca selanjutnya