Memupuk Keyakinan dalam Diri Si Manja - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama Si Manja. Penyusuan menggunakan botol atau pemberian makanan dan minuman lain boleh memberi kesan negatif terhadap penyusuan ibu. Selepas berusia enam bulan, Si Manja perlulah diberikan makanan yang bersesuaian dengan umurnya disamping penyusuan ibu sehingga berumur dua tahun dan keatas. Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk menggunakan susu formula kanak-kanak atau sekiranya anda mengalami kesukaran berkenaan penyusuan ibu.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Memupuk Keyakinan dalam Diri Si Manja

Inspiring Confidence in Your Child

Keyakinan adalah satu aspek yang sangat penting dalam tumbesaran si manja. Dengan keyakinan, adalah lebih mudah untuknya melengkapkan sebarang tugasan. Ia juga membantu dalam pembelajaran dan pergaulan, serta kemahiran hidup lain yang penting.

Keyakinan anda, adalah keyakinan si manja
Perkara yang paling penting adalah untuk mempercayai si manja anda. Dia bergantung pada anda dalam banyak perkara, dan perlukan anda untuk bersetuju dengannya. Berbeza dengan orang dewasa, kanak-kanak biasanya akan memujuk diri sendiri untuk melakukan sesuatu. Tahap keyakinannya akan terjejas sekiranya rintangan, kritikan dan kegagalan berlaku berkali-kali dan tiada siapa untuk mendorongnya. Jika ini berterusan, ia boleh memupuk sikap dan personaliti yang kurang yakin dan berkekalan sepanjang hayat. Anda perlu menyemai keyakinan dalam diri si manja.

Berikut adalah senarai tip yang praktikal:

  •  Fokus pada yang positif: “Hei, kamu memakai dua sarung kaki belah kiri. Tetapi warnanya tepat!”
  •  Puji usahanya: “Cubaan yang bagus!”
  •  Beritahu betapa berharganya dirinya buat anda: “Kamu memang yang terbaik, Sarah.”
  •  Galakkannya untuk mencuba: “Nampak macam susah, tapi mak tahu kamu boleh lakukannya!”
  •  Harapkan kelakuan yang baik: “Mak nak kamu menjadi anak yang baik dan kemaskan permainan kamu.”
  • Berlemah-lembut: “Terima kasih kerana mengelap meja. Mak bangga dengan kamu.”

Walaupun ketika mendisiplinkan si manja, fokus pada perkara yang boleh diperbaikkan:

  • Abaikan kelakuan buruk: Beritahu si manja bahawa kelakuan yang buruk bukanlah cara yang betul untuk mendapatkan perhatian anda. Jangan meninggikan suara anda.
  •  Kritik kelakuan buruk, bukan si manja: Fokus pada kelakuan buruk itu. Ini akan memastikan dia tahu yang anda menyayanginya dan tidak perlu berkelakuan sebegitu.
  • Berikan ganjaran dan hukuman hanya bila perlu: Anda tidak seharusnya terlalu memanjakan atau terlampau garang dengan si manja anda.

Seperti yang anda tahu, pendapat anda tentang si manja adalah penting untuk tumbesarannya. Kajian telah menenjukkan bahawa walaupun dalam keluarga yang positif, kanak-kanak lebih banyak mendengar komen negatif berbanding yang positif. Jadi pastikan anda sentiasa bersedia untuk memujinya. Ia amatlah penting buat diri si manja!

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Adab Kanak-kanak Ketika Makan

Toddler Table Manners

Ramai kanak-kanak akan duduk diam dan makan di meja selama beberapa minit pada satu masa.

Baca selanjutnya

Tulang Kuat, Si Manja Sihat

Healthy Bones, Healthy Child

Tulang yang sihat adalah penting bagi kesejahteraan serta tumbesaran si manja anda.

Baca selanjutnya

Kanak-kanak, Si Perampas Mainan

Toddlers and Toy-snatching

Bermain adalah aktiviti penting untuk tumbesaran mental dan sosial si manja anda. Apabila dia belajar untuk bermain bersama kanak-kanak lain, mainan yang dimainnya mungkin dirampas oleh kanak-kanak lain.

Baca selanjutnya