Mengelakkan Kemalangan ke atas Kanak-Kanak - Dutch Lady Smart Moments

Susu ibu adalah yang terbaik untuk Si Manja anda

Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan adalah tempoh optimum untuk bayi. Selepas itu bayi harus menerima makanan pelengkap dengan penyusuan susu ibu secara berterusan sehingga dua tahun atau lebih. Pemakanan ibu yang baik membantu mengekalkan bekalan dan kualiti susu ibu yang mencukupi. Pengenalan penyusuan botol atas bukan sebab berkeperluan, sebahagian atau sepenuhnya, atau makanan dan minuman pelengkap lain mungkin memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu yang berkemungkinan tidak dapat dipulihkan. Rujuk doktor anda dan pertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan produk gantian susu ibu atau jika anda mengalami kesukaran menyusukan anak. Ikuti arahan penggunaan, penyediaan dan penyimpanan produk gantian susu ibu atau makanan dan minuman pelengkap lain dengan berhati-hati kerana penggunaan yang tidak wajar atau tidak perlu boleh membahayakan kesihatan.

Saya telah baca dan memahami ini. Saya tidak bersetuju. Layari laman Friesland Campina.

Mengelakkan Kemalangan ke atas Kanak-Kanak

Preventing Toddler Accidents

Kanak-kanak  lebih terdedah kepada risiko kemalangan kerana walaupun mereka penuh bertenaga, pengalaman hidup mereka amat kurang.  Ia merupakan tanggungjawab dan tugas kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya mencegah kemalangan dari berlaku. Ia seelok-eloknya diterapkan di dalam diri mereka seawal peringkat kanak-kanak lagi.

Wujudkan persekitaran yang selamat
Periksa sekeliling rumah anda dan cuba lihat dari  paras mata seorang kanak-kanak. Sekiranya si manja boleh mencapai tempat-tempat tinggi dan barangan merbahaya, ini menunjukkan yang mereka terdedah kepada kemalangan. Sembunyikan semua soket elektrik yang tidak digunakan. Simpan perkakasan dapur di tempat yang tidak mudah dicapai. Pasangkan pelindung getah pada perabot berbucu tajam. Pastikan ubat penghalau lipas tidak dibiarkan bersepah merata-rata dan botol pewangi udara ditutup dengan baik.

Menjangka bahaya
Walaupun mustahil untuk anda menerangkan kesemua jenis bahaya dan keselamatan kepada anak-anak, terdapat beberapa isu utama yang perlu diajar dan ditekankan ketika mereka masih muda. Antaranya adalah:

  • Keselamatan jalan raya seperti tidak bermain di tepi jalan dan sentiasa toleh ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada kenderaan yang lalu ketika melintas.
  • Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali atau jalan bersendirian di tempat sunyi.
  • Bahaya kebakaran
  • Keselamatan menggunakan perkakasan rumah

Libatkan mereka
Pemberitahuan secara lisan sahaja tidak mencukupi. Dapatkan video-video seperti keselamatan jalan raya dan bahaya kebakaran untuk ditonton. Berikan mereka peluang untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Bawa mereka temui pegawai bomba dan pegawai polis tempatan untuk melakukan simulasi seperti ‘warden kebakaran’ dan ‘pegawai keselamatan’ bertugas untuk memberi mereka pendedahan yang lebih jelas berkaitan isu-isu keselamatan ini.

Banyak cara untuk mendidik si manja berkenaan isu keselamatan, namun ibu bapa perlu menggunakan kreativiti untuk memastikan mesej dan panduan yang disampaikan dapat difahami oleh si manja.

Jimat masa. Beli online!

Beli Dutch Lady Nutri Plan™ untuk Si Manja anda melalui beberapa langkah yang mudah.

Beli Sekarang

Anda juga mungkin menyukai

Tip Praktikal Untuk Kanak-Kanak Bersifat Ingin Tahu

Practical Tips for Curious Kids

Si manja anda secara semula jadinya adalah seorang yang ingin tahu dalam dunia di mana segalanya adalah baru buat dirinya.

Baca selanjutnya

Kepentingan Vitamin A untuk Kanak-Kanak

The Importance of Vitamin A for Children

Vitamin A adalah yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik.

Baca selanjutnya

Memupuk Keyakinan dalam Diri Si Manja

Inspiring Confidence in Your Child

Keyakinan adalah satu aspek yang sangat penting dalam tumbesaran si manja.

Baca selanjutnya