Si manja berumur 6 tahun yang berdikari
Si manja yang berusia 6 tahun kini sudah cukup tua untuk menguruskan kerja-kerja rumah dan tugasan yang mudah. Jangan terkejut jika dia meminta tugasan daripada anda untuk dia terus meneroka hidupnya yang mula bebas.
Kerja rumah mahupun memasak makanan sendiri, ini adalah masa yang terbaik untuk membincangkan tentang tanggungjawab dan keyakinan diri dengan si manja anda. Ingat untuk sentiasa memerhatinya apabila dia melakukan sesuatu dengan sendiri, terutamanya jika ia adalah kali pertamanya.
Berikut adalah tugasan yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun:
Waktu mandi
Biar si manja mandi sendiri, tetapi pastikan anda berhampiran sekiranya dia memerlukan bantuan. Anda mungkin ingin menukar suhu air terlebih dahulu agar dia tidak terlalu panas.
Sarapan dan snek
Beri peluang kepada si manja untuk menyediakan hidangan makanannya sendiri, tidak kisahlah sandwic atau bijirin bersama susu. Anda juga boleh mengajarnya menggunakan pembakar roti. Jika hidangannya ingin dibawa ke sekolah, anda boleh biarkan si manja memilih apa yang dia ingin makan, dan ajarnya tentang kebaikan diet yang sihat.
Pek untuk sekolah
Anda boleh awasinya, tetapi si manja haruslah membuat pilihannya sendiri bagi buku dan alat tulis yang diperlukan untuk sekolah.
Kerja rumah harian
Pada usia ini, si manja sepatutnya sudah mampu untuk menjaga kebersihan diri, mengemas katil dan biliknya. Anda juga boleh memberinya kerja-kerja rumah harian yang mudah seperti memvakum dan melipat baju.
Walau apapun tugasan yang diberikan, ingatlah bahawa tumbesaran setiap kanak-kanak adalah berbeza. Sentiasa awasi si manja dan jangan lupa untuk memuji dan menggalakkan dia apabila dia melakukan sesuatu dengan betul.