Tumbesaran mental dan fizikal si manja yang berumur 6 tahun
Setiap kanak-kanak adalah berbeza, ini termasuk bila dan bagaimana dia membesar. Tetapi jika anda mengetahui detik-detik manis pencapaian yang umum, terutamanya pada usia 6 tahun, ini akan memberikan anda kelebihan dalam membantu dia membesar dan mengekalkan hubungan ibu dan anak yang berpanjangan.
Pada usia inilah kanak-kanak mula membina kemahiran motor dan bahasa mereka. Pada masa yang sama, ini juga adalah masa yang terbaik untuk melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti seperti olahraga, tarian dan menunggang basikal.
Perkembangan mental
Walaupun otak seorang kanak-kanak berumur 6 tahun hampir mencapai saiz yang sepenuhnya, perkembangan mentalnya akan berterusan bagi 20 tahun yang seterusnya atau lebih. Pada masa ini jugalah seorang kanak-kanak boleh mula membezakan antara yang baik dan buruk, dan berinteraksi secara aktif dengan dunianya, bukan sahaja dengan melihat dan bertindak. Konsep yang lebih lanjut seperti pengurusan masa masih memerlukan pengawasan anda, jadi ingat untuk sentiasa membimbing mereka.
Perkembangan sosial dan emosi
Persahabatan akan dibentuk pada peringat ini. Anda perlu membantu si manja untuk memahami konsep ini serta konsep-konsep yang berkaitan. Ini termasuklah mengajar si manja untuk berkongsi, berhadapan dengan hubungan, dan menyerlahkan emosi. Kanak-kanak pada usia ini juga sedar tentang mereka yang lebih tua dan akan ingin mendapatkan restu daripada guru dan ibu bapa mereka.
Tip keibubapaan
- Berikan persekitaran yang berstruktur dan sediakan rutin, termasuk aktiviti fizikal.
- Jelaskan akibat berperilaku buruk, tetapi tawarkan juga komen-komen atau pujian positif sekiranya si manja berkelakuan baik.