Soalan Lazim
Dutch Lady Growing Up Milk
Apakah kandungan nutrien utama dalam pek baharu ini, dan apakah kebaikannya untuk si manja saya?
Kami berasa amat bangga untuk memperkenalkan pek baharu ini yang mangandungi 5X DHA*, Protein, Kalsium, Omega 3 & 6, Magnesium, Vitamin C, Vitamin D3 dan banyak lagi! Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada jadual nutrien yang tertera pada pek.
Bagaimanakah saya harus menyesuaikan si manja dengan susu formula yang baharu?
Berikut adalah panduan peralihan yang akan kami kongsikan sebagai panduan umum:
- Hari 1-3 (penyajian pertama tiada perubahan, penyajian kedua formula baharu, penyajian ketiga tiada berubah)
- Hari 4-6 (penyajian pertama tiada berubah, penyajian kedua formula baharu, penyajian ketiga formula baharu)
- Hari 7 (semua formula baharu)
Dari manakah boleh saya mendapatkan pek baharu?
Bolehkah saya teruskan memberi si manja saya dengan pek asal?
Pastinya boleh. Anda boleh teruskan memberikan si manja anda susu dari pek asal. Kami sentiasa menasihatkan agar pek-pek yang dibuka harus disimpan dalam bekas kedap udara. Sila jangan memberikan susu yang sudah melepasi tarikh luputnya.
Bolehkah saya memberi si manja kurang atau lebih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, berbeza daripada jadual yang tertera pada pek?
Jadual penyusuan adalah sebagai panduan umum untuk kanak-kanak. Jika perlukan maklumat yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat dari pakar doktor.
Dutch Lady MaxGro
Bagaimanakah 9 Asid Amino Perlu (EAA) & DHA bersaling kait dengan pertumbuhan?
Asid Amino adalah blok protein. Protein membantu dalam membina dan memperbaiki tisu badan yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. EAA tidak dapat disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu pengambilan makanan adalah diperlukan. Kekurangan dalam salah satu daripada 9 EAA dari diet akan merosakkan sintesis protein badan dan fungsinya. DHA adalah komponen penting dalam otak dan baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
Perlukah saya menukar anak saya dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady (GUM) sekarang ke Dutch Lady MaxGro kerana ia mempunyai nutrien yang lebih tinggi untuk mendorong pertumbuhan?
Sekiranya anak anda mempunyai tabiat pemakanan yang tidak teratur seperti tidak mengambil sarapan pagi, makan makanan ringan sifar kalori, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah, serta cerewet dalam memilih makanan yang boleh menyebabkan pengambilan makanan padat-tenaga dengan kualiti nutrien yang tidak baik, maka pengambilan Dutch Lady MaxGro adalah disyorkan.
Sekiranya anak saya minum Dutch Lady MaxGro, adakah dia masih perlu minum produk untuk Bayi dan Kanak-Kanak yang lain?
Menurut Garis Panduan Diet Malaysia KKM (MDG), kanak-kanak disyorkan untuk mengambil 2-3 hidangan produk tenusu setiap hari dengan makanan mereka. MaxGro menyediakan sekurang- kurangnya 80% pengambilan nutrien yang disyorkan setiap hari dengan 2-3 hidangan / hari sebagai makanan tambahan untuk diet kanak-kanak, oleh itu tidak perlu mengambil produk susu lain.
Adakah Dutch Lady MaxGro mengandungi sukrosa?
Secara fakta, tidak ada sukrosa yang ditambahkan dalam formula Dutch Lady MaxGro. Dutch Lady MaxGro adalah formula makanan diet yang membantu menyediakan 80% cadangan pengambilan zat (RNI) yang disyorkan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.